
Ni adalah 3D template yang aku buat untuk praktis Adobe After Effect CS4. Aku ikut tutorial Andrew Kramer dalam page Video Copilot. Mamat ni keje die adalah buat tutorial untuk promote After Effect punyer product dan juga 3rd party plugins. Nak digambarkan tahap kegabanan die ni, dah boleh buat sci-fiction movie dah.
Dengan berbekalkan Intel® Pentium® Dual Core E2140 dan 2 gigabyte RAM Kingston, dan dengan berkat kesabaran aku menunggu video ni di render, terhasillah video ni. Inilah kali pertama aku buat video pakai 3D setting dari lapisan-lapisan video dan perticle-particle ke animasi kamera untuk pergerakan pusingan 360'. Antara contoh lain yang aku buat adalah untuk budak-budak kelas Kedah Matriculation F1P2:
Kualiti video-video yang aku upload ni sume dah dikecilkan bagi memudahkan aku untuk upload dgn menggunakan streamyx rumah sewe aku ni. So, quality gambar dah decrease la. Untuk saiz asal video-video ni adalah 151Mb, untuk video selama 5 saat je. Korang bayangkanlah kalau aku buat filem yang berjam tu pakai 3D setting ni. Salah satu sebabnye lagi, aku masih tak pandai cari setting untuk render yang terbaaeekk.Sebab tu kualiti video yang pertama tu lain dari yg kedua ni. Banyak lagi yang mesti aku terokai lagi ni.

0 comments:
Post a Comment