on Saturday, September 24, 2011


Post aku kali ni berkenaan dengan video2 yang telah aku buat dalam tahun ni dan tahun lepas. Saje nak share ape hobi aku. Hobi aku ni bermula dari aku tahun 3 sem 1 dekat UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka). Semua ni gara-gara VFX artis dalam Youtube. Muncul minat ni selepas aku layan video yg diupload oleh Freddiew dalam channel dia Freddiew Channel . 


>>High Tea Invitation



Video high tea invitation ni aku buat untuk kawan karib aku (khairan fatin nabillah) yang blaja kat UiTM Shah Alam masa tu. Alhamdulillah dah abis belajar dah dia. Dia upah aku untuk wat video untuk invitation majlis high-tea alumni diorang. Yang susahnya nak  buat video ni ;
~> takda idea untuk theme diorang punye panchen
~> takda video recorder (camcoder/dslr) untuk buat vid sendiri
last2 aku cari kat youtube jer vid yg orang upload:


Total masa yang aku habiskan untuk video ni 5 jam, tak masuk rendering. Mule2 aku potong video asal tu untuk amik part2 yang sesuai dalam sony vegas, lepas tu, letak ayat2 bunge dalam video tu pakai After Effect sebab nak pakai tracker biar tulisan tu lekat dengan pergerakan cawan dalam video tu.

Untuk lagu pula, aku ambil dari OST cerita korea Beethoven Virus track no 18 ::Team of passion:: Lagu-lagu dalam cerita ni adalah lagu orchestra dari komposer2 yang terkenal seperti tajuk cerita tu sendiri, Ludwig Van Beethoven
Ludwig Van Beethoven
Sila la baca mengenai Beethoven ni jika anda berminat dengan kisah hidup dia yang menyebabkan dia terkenal, salah satunya dia mencipta lagu dalam keadaan fizikalnya yang pekak. Cerita Beethoven Virus ni berkisarkan tentang Kang Gun Woo atau pun Kang Ma Eh (Maestro Kang), maestro terkenal di dalam dunia orkestra. Watak dia adalah seorang yang perfectionist dalam karyanya. Dia bukan seorang yang mudah untuk bekerjasama dengan pemain lain malah ditakuti oleh semua pemain. Secara kebetulan, dia bertemu Du Ru Mi, pemain biola yang cacat pendengaran, dan seorang anggota polis muda yang sama nama dengan dia, Kang Gun Woo. Dia perasan yang Kang muda tu adalah seorang genius sebab, walaupun dia tak pernah belajar pasal orchestra, dia tahu bermacam-macam benda pasal music dan boleh main lagu tertentu dengan hanya mendengar sekali imbas lagu tersebut. Ploting cerita ni best sebab ia mengisahkan tentang cinta tiga segi antara diorang dalam masa mengejar impian masing2. (waahhhh.. aku layan cerita korea beb, hahahaha)